Keputusan MUET Mac sesi 1 2020 Malaysian University English Test

Calon-calon yang telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 bulan Mac pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan MUET sesi 1 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mei tahun yang sama.

MUET atau Malaysian University English Test merupakan ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM.

Objektif MUET diperkenalkan adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Awam (UA) tempatan.

Malaysian University English Test (MUET) kini menerima pengiktirafan Sijil Penjajaran Common European Framework Referance (CEFR) oleh Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge United Kingdom.

Kini kayu pengukur keupayaan dan kecemerlangan graduan bukan sekadar terletak pada pencapaian akademik semata-mata malahan keyakinan diri dan kemahiran insaniah termasuk penguasaan bahasa Inggeris, yakni dua ciri penting yang dituntut dalam industri apabila menceburi bidang kerjaya.

Sebenarnya penguasaan bahasa Inggeris yang baik sebagai syarat kemasukan ke peringkat ijazah bukanlah perkara baharu. Bahkan apa yang akan dilaksanakan merupakan kesinambungan usaha bagi memperkasa graduan menara gading agar dapat bersaing dalam alam pekerjaan yang bersifat glokal, iaitu global dari sisi kemahiran berbahasa Inggeris yang baik namun bertunjangkan semangat lokal dan terpupuk dengan penguasaan bahasa Melayu yang utuh.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan pantas keputusan MUET bagi sesi 1 2019 iaitu secara dalam talian (online) ataupun dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Dalam pada itu, keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala keputusan membabitkan calon persendirian individu pula, keputusan akan dimaklumkan / dihantar kepada calon melalui pos.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 2019.

MUET SESSION 1 2019 RESULT
Tarikh Jam
Mei 2019 10:00 Pagi
Tarikh rasmi akan dinyatakan selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .
SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI 1 2019 MAC SECARA ONLINE
Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan berikut.
Malaysian University English Test (MUET) Session 1 2019 Result
 Sistem aplikasi bagi semakan keputusan MUET sesi 1 2019 hanya dibuka (diaktifkan) bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
 Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI 2019 MARCH SECARA SMS
Semakan keputusan Muet sesi 1 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti di bawah.
Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
Contoh: MUET RESULT 990327065421 SMS ke 15888
RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Lebih keterangan lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan MUET, sila klik pada judul pautan seperti berikut.
Permohonan Semak Semula Keputusan MUET Sesi 1 2019
Close