Siaran langsung keputusan Pahang vs PKNS FC 14 April 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 17 Oktober 2019 jam 10:37 PM

result live pahang pkns fc liga super

Medan persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-9 (LS9) yang turut menyaksikan pasukan Selangor PKNS FC menerima kunjungan Pahang dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Ahad, 14 April 2019.

Untuk aksi ini, pasukan PKNS FC sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan awal iaitu beraksi di gelanggang sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan mereka serta memberi saingan kepada tiga pasukan teratas dalam carta Liga Super 2019.

Namun, PKNS FC harus perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan Pahang yang mampu mencipta kejutan dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan untuk memberi tekanan kepada pasukan JDT yang berada di persada carta Liga Super 2019 setakat ini.

Sementara, pertemuan Liga Super membabitkan PKNS FC dan Pahang sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat lapan perlawanan sebelum ini menyaksikan PKNS FC telah menempatkan kedudukan mereka di tempat ke-5 Liga dengan 12 mata manakala Pahang pula berada di kedudukan ke-2 Liga bersama kutipan 18 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Pahang lwn PKNS FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-9 Liga Super Malaysia 2019 (LS9) membabitkan pasukan PKNS FC lawan (lwn) Pahang yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS PKNS FC 14.4.2019 LS9
Aksi minggu ke-9 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan PKNS FC melawan Pahang berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
PKNS FC PKNS FC12Pahang FA Pahang
Stadium Shah Alam
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 13′ Chan VathanakaDickson Nwakaeme 24′ Penjaring Gol
Ze Love 75′ Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan