Siaran langsung Pahang vs Sabah 17 September 2018 Piala Malaysia uPM6

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan terakhir dengan menyaksikan perlawanan ke-6 (uPM6) turut membabitkan pasukan Sabah menentang Pahang bagi perlawanan kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Isnin, 17 September 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan D membabitkan Sabah dan Pahang sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

Sabah sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah lagi 3 mata terakhir dalam saingan peringkat kumpulan D Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, perlawanan ini diibaratkan misi menjarakkan jurang perbezaan mata buat pasukan Sabah mahupun Pahang kerana kedua-dua pasukan telah layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan D setakat lima perlawanan sebelum ini, Sabah selaku pendahulu dengan 13 mata manakala Pahang pula dikedudukan ke-2 dengan 8 mata.

KEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS SABAH 17.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM6)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan terakhir melibatkan pasukan Sabah melawan Pahang berlangsung pada hari Isnin bermula pada jam 8:15 malam bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 kumpulan D Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM6) di antara Sabah melawan (lwn) Pahang yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Sabah04Pahang
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Penjaring GolKumpulan DPenjaring Gol
Norshahrul 9′
Fazrin Nazri 38′
Patrick Cruz 78′
Issey 90+3′
Close