Siaran langsung keputusan Pahang vs Terengganu FC 10 Mei 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 10 Mei 2019 jam 11:46 PM

result live terengganu fc pahang piala fa

Persaingan Shopee Piala FA Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan pusingan suku akhir kedua yang turut menyaksikan pasukan Pahang melayani kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan timbal balik yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 10 Mei 2019.

Untuk aksi terkini ini, pasukan Pahang pasti akan memanfaatkan kelebihan awal iaitu beraksi di gelanggang sendiri bagi mendapatkan kemenangan dengan jaringan gol yang dapat mengatasi kelebihan aggregat 2-1 yang dimiliki oleh Terengganu FC selepas mereka tewas 2-1 pada aksi suku akhir pertama yang lalu.

Sekiranya pasukan berjaya merealisasikannya, mereka sekaligus berjaya mara ke peringkat separuh akhir Shopee Piala FA 2019.

Walau bagaimanapun, Pahang perlu juga berwaspada dengan ancaman barisan serangan Terengganu FC yang sememangnya akan berjuang bermati-matian untuk mempertahankan aggregat sedia ada yang dimiliki selepas menyedari sebarang kesilapan atau kekalahan dengan jaringan 1-0 pasti membuatkan mereka berputih mata untuk ke separuh akhir kerana Pahang mempunyai kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Dalam pada itu, pertemuan Piala FA 2019 pusingan suku akhir kedua membabitkan Pahang dan Terengganu FC pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Pahang lwn Terengganu FC Piala FA 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan suku akhir kedua Shopee Piala FA Malaysia 2019 membabitkan pasukan Pahang lawan (lwn) Terengganu FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS TERENGGANU FC 10.5.2019 PIALA FA
Aksi suku akhir 2 saingan Piala FA Malaysia 2019 melibatkan pasukan Pahang melawan Terengganu FC berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Pahang Pahang FA40Terengganu FC Terengganu FC
Stadium Darul Makmur
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 22′ Faisal Halim
Penjaring Gol 48′, 63′ Dickson (P)
Penjaring Gol 75′ Sumareh
Penjaring Gol
PasukanAggregatePasukan
Pahang Pahang FA52Terengganu FC Terengganu FC
Info Pemenang layak dan mara ke pusingan separuh akhir.

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Piala FA Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan