Buku panduan JAKIM cara solat sunat terawih di bulan Ramadan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 28 April 2019 jam 11:05 PM

cara solat sunat tarawih

Dalam kesibukan melaksanakan tugasan harian, seluruh umat Islam di Malaysia dinasihati mempertingkatkan amal ibadah termasuk menunaikan solat tarawih pada malam-malam Ramadan.

Bilangan rakaat tarawih bukanlah suatu isu yang perlu diperdebatkan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk memenuhi Ramadan dengan amal ibadah dan aktiviti berfaedah.

Dalam pada itu amalan membawa juadah ringan seperti kuih muih untuk moreh seusai bertarawih elok diteruskan terutama oleh generasi masa kini. Amalan baik lagi terpuji seperti ini mampu mengimarahkan rumah Allah SWT sekali gus memupuk hubungan baik antara sesama jiran tetangga dan masyarakat setempat.

Masyarakat Islam di negara ini juga sepatutnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada kerana dengan nikmat tersebut kita dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana aman dan harmoni berbanding di tempat yang lain.

Nikmat yang begitu bernilai ini eloklah dipelihara agar generasi masa depan turut merasai nikmat Ramadan yang sama. Malahan kesempatan bebas beribadah termasuk bertarawih eloklah juga ditambah dengan memperbanyak doa agar masalah dalaman dan luaran yang membelenggu umat Islam masa kini diselesaikan oleh-Nya lebih-lebih lagi dengan berkat Ramadan sebagai bulan dimakbulkan doa.

Buku Panduan Solat Sunat Tarawih Terbitan JAKIM

Berikut adalah buku panduan solat sunat tarawih berformat PDF keluaran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang boleh dijadikan panduan mahupun rujukan untuk umat Islam dalam menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadhan.

BUKU PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH JAKIM
Info Sila klik pada judul pautan di bawah untuk mendapatkan buku panduan solat sunat tarawih.
PDFBuka Pautan Buku Panduan Solat Sunat Tarawih Terbitan JAKIM