Senarai pemenang ABPBH 32 keputusan Anugerah Bintang Popular BH 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 2 Oktober 2019 jam 09:45 AM

pemenang abpbh 2019

Senarai akhir Top 5 dan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH 32) sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat mahupun selebriti dunia hiburan tanah air.

ABPBH 32 sebelum ini telah membuat pengumuman bagi senarai Top 5 untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Ianya berobjektif untuk memberi ruang kepada peminat untuk terus mengundi artis pilihan masing-masing.

Bagi tahun 2019, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32) membawakan tema ‘Melangkaui Sempadan’ yang dilihat menepati objektif BH itu sendiri bagi memastikan legasi acara anugerah berprestij ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun selain ianya bertetapan dengan kematangan ABPBH yang sudah melebihi tiga dekad penganjurannya.

Dalam pada itu,  Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein sebagai pengacara, ABPBH 32 turut menyaksikan gabungan penyanyi legenda serta bakat baharu menyerikan slot persembahan.

Paling dinantikan adalah pentas ABPBH 32 yang akan dihangatkan dengan persembahan Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Zamaera, SonaOne, Alif, Ernie Zakri dan Idayu selain tidak ketinggalan, Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Black, Akim Ahmad, De Fam, Stacy dan Sufian Suhaimi yang juga turut membuat persembahan.

ABPBH 32 juga diserikan segmen karpet merah yang akan disiarkan menerusi TV9, Iannya menggandingkan Hefny Sahad dan Ain Edruce bagi menghangatkan lagi liputan eksklusif dari lokasi acara.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 2019) mempertandingkan 13 kategori utama, selain dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori ‘Online’, iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

ABPBH turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak seni menerusi kategori khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

KEPUTUSAN PENUH SENARAI PEMENANG ABPBH 2019 ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 32

Info seterusnya merupakan senarai penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 bagi setiap kategori dipertandingkan dan dikemaskini secara langsung seperti yang diumumkan sepanjang majlis penganugerahan berlangsung.

KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG ABPBH 32 ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2019
Pemenang Utama – Bintang Paling Popular ABPBH 32
Mira Filzah
Info Pemenang Bintang Paling Popular dan pemenang kategori utama ABPBH 31 adalah berdasarkan jumlah undi paling tinggi yang diterima oleh BH daripada pengundi. Selain itu mekanisme yang sama juga turut digunakan bagi menentukan pemenang bagi kategori online yang dipertandingkan.
Kategori Utama ABPBHPemenang
Artis Baharu Lelaki Popular
Adam Lee
Artis Baharu Wanita PopularHaneesya Hanee
Pelakon Filem Lelaki PopularFattah Amin
Pelakon Filem Wanita PopularMira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha AlfaSyafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha AlfaMira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNowKhai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNowSiti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan PopularDayang Nurfaizah – Hael Husaini
Artis Komedi PopularZizan Razak
Artis Versatil PopularJanna Nick
Pengacara TV PopularSiti Nordiana
Penyampai Radio PopularDJ Lin (Suria FM)
Artis Indonesia PopularLaudya Cynthia Bella
Artis Korea PopularBTS
Kategori Online ABPBHPemenang
Artis Sensasi Popular
Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama PopularRemy Ishak – Mira Filzah
Gandingan Serasi Filem PopularSyafiq Kyle & Hannah Delisha
Pelakon Watak Antagonis PopularShukri Yahaya
Lagu Paling Boom
Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)