Senarai pemenang ABPBH 32 keputusan Anugerah Bintang Popular BH 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:25 AM

Senarai akhir Top 5 dan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 (ABPBH 31) sememang dinanti-nantikan oleh peminat mahupun selebriti dunia hiburan tanah air.

ABPBH 31 menampilkan kelainan dengan tidak membuat pengumuman awal bagi senarai Top 5 untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Ianya berobjektif untuk memberi ruang kepada peminat terus mengundi artis pilihan masing-masing.

Sehubungan dengan itu, senarai akhir Top 5 serta pemenang hanya akan diketahui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 (ABPBH 31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 bermula jam 9 malam.

Bagi tahun 2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) membawakan tema Infiniti yang dilihat menepati objektif BH itu sendiri bagi memastikan legasi acara anugerah berprestij ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun selain ianya bertetapan dengan kematangan ABPBH yang sudah melebihi tiga dekad penganjurannya.

Dalam pada itu, Pelakon Zara Zya dan Janna Nick bersama pelawak Ajak Shiro telah diberi peluang menggalas tugas untuk menjadi peneraju acara Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH31).

Selebriti terkenal seperti Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Fauziah Latiff, Datuk Hans Isaac, Fattah Amin, Nur Fazura, Fasha Sandha, Rita Rudaini, Sangeeta Krishnasamy, Abam, Mark Adam, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Hael Husaini dan Nabila Razali pula akan bertugas sebagai penyampai trofi.

Barisan selebriti yang akan membuat persembahan ialah Syamel, Sufian Suhaimi, Ismail Izzani, Masya Masyitah, Kugiran Masdo, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jeffrydin, Ramlah Ram, Amy Mastura, Misha Omar, Siti Sarah, Aizat Amdan, Hafiz Suip, Ernie Zakri dan Mimi Fly.

Info seterusnya merupakan senarai penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 bagi setiap kategori dipertandingkan dan dikemaskini secara langsung seperti yang diumumkan sepanjang majlis penganugerahan berlangsung.

KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG ABPBH 31 ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2018
Pemenang Utama – Bintang Paling Popular ABPBH 31
Wany Hasrita
Pemenang Bintang Paling Popular dan pemenang kategori utama ABPBH 31 adalah berdasarkan jumlah undi paling tinggi yang diterima oleh BH daripada pengundi. Selain itu mekanisme yang sama juga turut digunakan bagi menentukan pemenang bagi kategori online yang dipertandingkan.
Kategori Utama ABPBHPemenang
Artis Baharu Lelaki Popular
Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita PopularFarah Nabilah
Pelakon Filem Lelaki PopularZul Ariffin
Pelakon Filem Wanita PopularEmma Maembong
Pelakon TV Lelaki PopularFattah Amin
Pelakon TV Wanita PopularFazura
Penyanyi Lelaki PopularKhai Bahar
Penyanyi Wanita PopularWany Hasrita
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan PopularSyamel & Ernie Zakri
Artis Komedi PopularZizan Razak
Artis Versatil PopularAlif Satar
Pengacara TV PopularNeelofa
Penyampai Radio PopularHaziq (Hot FM)
Kategori Online ABPBHPemenang
Artis Sensasi Popular
Neelofa
Pasangan Serasi DramaFattah Amin & Fazura
Pasangan Serasi FilemZul Ariffin & Fazura
Instafamous Cilik PopularArif Jiwa
Personaliti Media Sosial Popular
Fatimah Omar Mukhlis