Keputusan pemenang johan tilawah Al-Quran 2019 1440H antarabangsa

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 21 April 2019 jam 03:12 AM

keputusan tilawah al quran antarabangsa 2019

Sungguh mengasyikkan dan menenangkan minda apabila menghayati bacaan Al-Quran yang diperdengarkan oleh para qari dan qariah dalam majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa ke-61 yang berlangsung bermula pada 15 April hingga 20 April 2019.

Keindahan bacaan al-Quran di samping suara pengalunnya yang merdu menatijahkan ketenangan dan keinsafan kepada pendengar yang mentadabbur bacaan ayat-ayat suci al-Quran tersebut.

Keindahan dan keunikan bacaan al-Quran bertitik-tolak daripada kemukjizatan bahasa al-Quran. Kemukjizatan bahasa al-Quran terserlah daripada susunan huruf al-Quran, perkataannya dan gaya bahasanya.

Di samping itu bacaan al-Quran padanya nilai kemukjizatan kejiwaan atau al i`jaz al nafsiy. Gabungan dua kemukjizatan ini menatijahkan keinsafan, ketenangan, ketenteraman dan kedamaian.

Ternyata al-Quran ialah kalam Allah SWT yang sarat dengan nilai keunikan dan kemukjizatan. Bukan sahaja dari sudut syariat, bilangan atau sains dan teknologi bahkan dari sudut bacaan dan bahasanya juga terkandung nilai keunikan dan kemukjizatan.

Semoga kita sama-sama menghayati bacaan al-Quran.

Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019

Bagi majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-61 , untuk kategori tilawah, Malaysia telah diwakili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2019 iaitu Abdul Khair Jalil dari negeri Selangor dan Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut dari Negeri Sembilan.

Manakala bagi kategori hafazan pula, Malaysia telah diwakili oleh johan hafiz dan hafizah kategori 30 Juzuk Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2019 iaitu Abdullah Ulwan Ismail dari negeri Kelantan serta Raudah Abdul Razak dari negeri Kedah.

Berikut adalah senarai penuh bagi pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 tahun 1440H / 2019M yang berlangsung bermula 15 April hingga 20 April 2019 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1440H/2019M
QARI
 johan qari malaysia tilawah antarabangsa 2019
KedudukanPemenangMarkahNegara
JohanAbdul Khair Jalil93.02Malaysia
KeduaYassine Bekoussa91.75Algeria
KetigaIlyas Lamhayahoui89.92Morocco
KeempatHadi Mowahhedeamin87.71Iran
KelimaAhmad Daniyal87.55Singapura
Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.

Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

QARIAH
 johan qariah malaysia tilawah antarabangsa 2019
JohanNor Farhatul Fairuzah87.05Malaysia
KeduaWardatun Nisa Hasa84.88Indonesia
KetigaKarimah Hayibaraheng80.46Thailand
KeempatHjh Dayangku Fauziah Nadhirah80.25Brunei
KelimaRahimw P. Amerol77.38Filipina

 

KEPUTUSAN PENUH MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1440H/2019M
HAFIZ
KedudukanPemenangMarkahNegara
JohanMohamed Abdi96.05Sweden
KeduaMohammad Maruf Hossain94.26Canada
KetigaHeytham Sagar Ahmad94.11Kenya
HAFIZAH
JohanFatouma Ousseni Moussa92.96Niger
KeduaHadeel K.A. Madfaa92.83Palestin
KetigaHasiya Usman Jibrilla88.58Nigeria