Pengisytiharan penetapan hari mula berpuasa Ramadan 2019 1440H

tarikh awal ramadhan

Siaran pengumuman tarikh penetapan permulaan puasa di bulan Ramadan tahun ini 1440 Hijrah bersamaan 2019 masihi pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di Malaysia bagi mengetahui tarikh muktamad hari mula berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan menerima makluman awal tarikh awal puasa Ramadan pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Ramadan 1440 Hijrah adalah bersamaan 6 Mei 2019 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh permulaan puasa Ramadhan tahun 2019 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Ramadan.

Apabila pengisytiharan tarikh awal puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Pengumuman ringkas tarikh penetapan permulaan puasa di bulan Ramadan tahun ini bagi Malaysia akan disiarkan di TV1.

Pengumuman Penetapan Hari Mula Berpuasa Ramadhan 2019 1440H

InfoDweb (IDW) akan mengemaskini maklumat tarikh penetapan permulaan puasa di bulan Ramadan tahun ini bagi Malaysia selepas pengumuman rasmi di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

TARIKH PENETAPAN AWAL PUASA RAMADHAN TAHUN 2019M-1440H
Awal Ramadan Akhir Ramadhan
6 Mei 2019 4 Jun 2019
1 Ramadan 1440H 30 Ramadan 1440H
tarikh rasmi puasa 2019
LAPORAN
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Isnin, 6 Mei 2019, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Ketika mengumum­kannya, beliau berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 5 Mei 2019, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.
Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan melihat anak bulan Ramadan pada petang tadi di 29 lokasi penting di seluruh negara. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Close