Pengisytiharan tarikh hari raya puasa Aidilfitri 2019 1440H

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 6 Oktober 2019 jam 01:38 PM

pengumuman tarikh hari raya aidilfitri

Siaran pengumuman penetapan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 1 Syawal 1440 Hijrah bersamaan 2019 masihi pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di Malaysia bagi mengetahui tarikh muktamad hari Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan mengetahui lebih awal tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Syawal 1440 Hijrah adalah bersamaan 5 Jun 2019 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2019 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal

Apabila pengisytiharan tarikh awal puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Pengumuman Penetapan Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2019 1440H

Pengumuman ringkas tarikh 1 Syawal 1440H bagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi Malaysia akan disiarkan di TV1 sekitar jam 8 malam.

InfoDWeb (IDW) akan mengemaskini laporan dan tarikh 1 Syawal 1440H Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi Malaysia selepas pengumuman rasmi di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2019M-1440H
HijriMiladi
1 Syawal5 Jun 2019
VIDEO LAPORAN