Siaran langsung keputusan Perak vs Felcra FC 15 September 2018 Piala Malaysia uPM6

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:40 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan terakhir dengan menyaksikan perlawanan ke-6 (uPM6) turut membabitkan pasukan Felcra FC menentang Perak bagi perlawanan kumpulan A yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 15 September 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan A membabitkan Felcra FC dan Perak sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

Perak yang sudah layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018 sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah lagi 3 mata dalam saingan peringkat kumpulan A Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, perlawanan ini diibaratkan sebagai pelengkap jadual buat pasukan Felcra FC kerana mereka sudah tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan A setakat lima perlawanan, Felcra FC berada di tangga ke-3 dengan 5 mata manakala Perak pula dikedudukan ke-2 dengan 10 mata.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS FELCRA FC 15.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM6)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan terakhir melibatkan pasukan Felcra FC melawan Perak berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 kumpulan A Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM6) di antara Perak melawan (lwn) Felcra FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Felcra FC21Perak
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Penjaring GolKumpulan APenjaring Gol
38′ Dzulfahmi
78′ Azim Rahim
Gilmar 75′