Siaran langsung keputusan Perak vs PKNP FC 14 Mei 2019

result live perak pknp fc liga super

Aksi persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-13 (LS13) yang turut menyaksikan pasukan Perak melayani kunjungan kelab senegeri, PKNP FC dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Selasa, 14 Mei 2019.

Pada aksi kali ini, pasukan Perak sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan awal iaitu beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata penuh yang membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2019.

Walau bagaimanapun, Perak tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan PKNP FC malah mereka perlu berwaspada dengan tindak balas barisan serangan PKNP FC yang sememangnya mampu mencipta kejutan dalam usaha mereka yang mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan Perak dan PKNP FC sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 12 perlawanan sebelum ini menyaksikan Perak telah menempatkan kedudukan mereka di tangga ke-8 dengan pungutan 14 mata manakala PKNP FC pula menghuni kedudukan ke-10 bersama kutipan 11 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Perak lwn PKNP FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-13 Liga Super Malaysia 2019 (LS13) membabitkan pasukan Perak lawan (lwn) PKNP FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS PKNP FC 14.5.2019 LS13
Aksi minggu ke-13 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Perak melawan PKNP FC berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Perak Perak FA31PKNP FC PKNP FC
Stadium Perak, Ipoh
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 6′, 70′ Careca
Penjaring Gol 29′ Henrique
Yashir Pinto 38′ Penjaring Gol
Close