Siaran langsung Perak vs PKNS FC 30 September 2018 Piala Malaysia suku akhir 2

Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan suku akhir sambil menyaksikan perlawanan timbal balik membabitkan pasukan PKNS FC menentang Perak bagi aksi suku akhir kedua (2) telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 30 September 2018.

Pertemuan saingan suku akhir Piala Malaysia 2018 di antara PKNS FC dan Perak sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

PKNS FC sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan selepas sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada Selasa lalu.

Perak selaku pasukan pelawat, harus berusaha mencari kemenangan sekiranya mahu melayakkan pasukan mereka ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2018.

Perlawanan ini sudah tentu menjadi tumpuan oleh penyokong masing-masing kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Perak mahupun PKNS FC.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS PKNS FC 30.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (Suku Akhir 2)
Perlawanan suku akhir 2 saingan Unifi Piala Malaysia 2018 melibatkan pasukan PKNS FC melawan Perak berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini aksi suku akhir 2 Unifi Piala Malaysia 2018 di antara pasukan Perak melawan (lwn) PKNS FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan.
Home Masa Penuh Away
PKNS FC 0 2 Perak
Stadium Shah Alam, Selangor.
Penjaring Gol Suku Akhir 2 Penjaring Gol
Wander Luiz 57′ ,23′
Pasukan Aggregate Pasukan
PKNS FC 0 2 Perak
Close