Siaran langsung Perak vs Sabah 7 Oktober 2018 Piala Malaysia separuh akhir 1

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:52 AM

Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan peringkat separuh akhir (semi final) dengan menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Perak menentang Sabah bagi aksi separuh akhir pertama (1) telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 7 Oktober 2018.

Saingan aksi separuh akhir Piala Malaysia 2018 di antara Perak dan Sabah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Perak layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2018 selepas menyingkirkan pasukan PKNS FC menerusi kemenangan aggregate 2-0 manakala Sabah pula mara berdasarkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan apabila seri aggregate 2-2 dengan pasukan Kelantan.

Mengenai aksi separuh akhir pertama ini, Perak sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan dengan jaringan gol yang selesa sebagai bekalan bagi menghadapi aksi timbal balik (separuh akhir kedua) di Stadium Likas yang dijadual berlangsung pada 21 Oktober 2018.

Sabah selaku pasukan pelawat, pastinya akan berusaha mencipta kemenangan atau sekurang-kurangnya mendapat kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Perlawanan ini sudah tentu menjadi tumpuan oleh penyokong masing-masing kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh pasukan Perak mahupun Sabah.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS SABAH 7.10.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA SEPARUH AKHIR 1
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan separuh akhir 1 melibatkan pasukan Perak melawan Sabah berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia 2018 Perak melawan (lwn) Sabah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan.
Tuan Rumah Masa PenuhPelawat
Perak50Sabah
Stadium Perak, Ipoh.
Penjaring GolSeparuh Akhir 1Penjaring Gol
17′ Norhakim
42′ Wander Luiz
73′ Gilmar
76′ Firdaus Saiyadi
90+4′ Leandro