Cara melukis dan mentafsir peta lakar kawasan kajian PT3 Geografi 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:42 AM

Peta merupakan sebuah perlambangan visual bagi sesebuah kawasan serta sebuah gambaran simbol yang memberi tumpuan terhadap hubungan antara elemen-elemen ruang seperti objek-objek, kawasan-kawasan dan tema-tema.

Lakaran peta hendaklah menunjukkan sesuatu kawasan kajian di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan ciri Geografi iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara. Maklumat taburan kedua-dua ciri ini dapat digambarkan oleh simbol yang mewakili ciri-ciri tersebut.

Ciri fizikal adalah ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

Manakala ciri budaya pula adalah ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan.

Simbol atau simbolik ialah suatu lambang mudah yang digunakan dalam peta untuk melambangkan sesuatu objek di permukaan bumi di kawasan kajian. Setiap simbol perlu dilukis bagi mewakili objek yang terdapat di kawasan kajian.

Berikut adalah panduan cara dan bagaimana melukis peta lakar serta jenis-jenis simbol yang mewakili objek-objek bagi ciri fizikal dan budaya yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.

Ciri-Ciri Dan Cara Melukis Peta Lakar Kawasan Kajian
1. Peta lakar ialah gambaran permukaan bumi yang dilukis dari pandangan atas.
2. Peta lakar mewakili kawasan berskala besar bagi menggambarkan ciri-ciri pandang darat fizikal dan ciri-ciri pandang darat budaya di sesuatu kawasan kajian.
3. Ciri-ciri pandang darat fizikal merujuk kepada ciri-ciri pembentukan objek semulajadi seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi manakala ciri-ciri pandang darat budaya merujuk kepada ciri-ciri yang terhasil dari buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan.
4. Ciri-ciri pandang darat fizikal dan pandang darat budaya hendaklah ditunjukkan pada peta lakar dengan menggunakan simbol dan singkatan perkataan.
5. Peta lakar yang lengkap hendaklah mempunyai tajuk, pemidang (bingkai), arah mata angin, simbol dan petunjuk.
Simbol-Simbol Dalam Peta Lakar
Simbol merupakan lambang yang mewakili ciri-ciri dalam peta lakar, terdapat empat jenis simbol yang biasa digunakan iaitu seperti berikut:-
1. Simbol kawasan
2. Simbol titik
3. Simbol garisan
4. Singkatan perkataan
Contoh-contoh penggunaan simbol dan singkatan perkataan adalah seperti lampiran di bawah.
Warna Objek Dalam Peta Lakar
Warna sebahagian perkara penting dalam melukis peta lakar bagi menunjukkan ciri objek yang terdapat dalam peta dengan lebih jelas. Contoh penggunaan warna yang mewakili setiap objek adalah seperti berikut.
ObjekWarna
Jalan RayaMerah
BangunanHitam
Tanah TinggiPerang
Hutan, Tumbuh-tumbuhanHijau
Sungai, Paya, Tasik, LautBiru
Langkah-Langkah Melukis Peta Lakar
Langkah Permulaan

1. Membuat pemerhatian terhadap taburan guna tanah kawasan kajian dengan teliti.
2. Mencatat dan merekod ciri-ciri pandang darat fizikal dan pandan darat budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian.

Langkah Melukis  Peta Lakar

1. Pilih simbol yang sesuai untuk mewakili ciri-ciri geografi iaitu, ciri fizikal dan ciri budaya.
2. Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, singkatan perkataan  dan warna yang sesuai.

Melengkapkan Peta Lakar
Lengkapkan peta lakar dengan:-(1) Tajuk Peta
(2) Bingkai Peta
(3) Arah Mata Angin Utara
(4) Simbol
(5) Petunjuk
Contoh Peta Lakar Yang Telah Siap Sepenuhnya
CONTOH DAN PANDUAN MENTAFSIR PETA LAKAR