SUKMA 2020 carta jumlah pungutan pingat dan kedudukan

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 menyaksikan negeri Perak selaku tuan rumah kini sudah bersedia menerima kehadiran kontinjen dari seluruh negeri yang akan bersaing dari 12 hingga 22 September 2018 membabitkan 39 venue pertandingan di 12 daerah.

Pada SUKMA edisi ke-19 sebanyak 29 acara akan dipertandingkan termasuk taekwondo, sepak takraw dan angkat berat selain 10 acara berpasukan.

Maskot rasmi SUKMA XIX 2018 adalah Seladang yang diberi nama ‘Chor’. Nama diberi bersempena dengan panggilan sulung dalam keluarga mengikut dialek negeri Perak.

Ianya direka memakai baju sukan berwarna putih manakala pipi Seladang berwarna kuning sekali gus melambangkan warna-warna yang terdapat di dalam bendera Negeri Perak Darul Ridzuan.

Selain itu, Seladang menggambarkan kekuatan dan semangat yang bermaksud sukan bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal atlet tetapi melangkaui batas keupayaan berdasarkan semangat jiwa yang membara.

Logo rasmi SUKMA XIX Perak 2018 terdiri daripada dua elemen iaitu Elemen Manusia (simbol manusia) dan Elemen Gelombang Air.

Elemen Manusia (simbol manusia) mewakili semangat juang para atlet ditahap tertinggi mencapai kejayaan serta mampu  memberikan impak positif  bagi seseorang yang bergelar atlet.

Elemen Gelombang air melambangkan Sungai Perak sebagai sungai kedua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas kepada penduduk di Negeri Perak.

Dalam pada itu, WOW! Kita Hebat! telah dipilih sebagai slogan rasmi SUKMA XIX Perak 2018. WOW! merujuk kepada World Of Wonders. Pengiktirafan daripada pihak Lonely Planet kepada Negeri Perak Darul Ridzuan, sempena tahun melawat Perak 2017.

Sementara Wow! Kita The Greatest! merupakan judul lagu rasmi SUKMA XIX Perak 2018.

Terdahulu pada SUKMA Sarawak 2016, negeri Selangor muncul juara keseluruhan dengan 59 emas, 73 perak, 64 gangsa manakala tuan rumah di tempat kedua, 57 emas, 43 perak, 59 gangsa manakala Perak di tangga ke-12 dengan mengutip 12 emas 26 (perak) dan 34 (gangsa).

LOGO RASMI SUKMA 2018 PERAK
MASKOT RASMI SUKMA 2018 PERAK
INFO SUKMA 2018 PERAK
Tuan RumahPerak
SloganWow! Kita Hebat!
Upacara Pembukaan 11 September 2018
Upacara penutup22 September 2018
SENARAI SUKAN SUKMA 2018 PERAK
AkuatikAngkat BeratBadmintonBola Baling
Bola KeranjangBola SepakFutsalBoling Padang
Bola JaringGimramaGolfGimnastik
HokiJudoKarateKriket
MemanahMenembakMuayOlahraga
Pencak SilatPetanqueRagbiSepak Takraw
SkuasyTenpin BolingTinjuWushu
BerbasikalTaekwondoPelayaran
CARTA JUMLAH PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN SUKMA 2018
NoKontinjenEmasPerakGangsaTotal
1 Terengganu565153160
2 W. Persekutuan523850140
3 Selangor476867182
4 Sarawak423660138
5 Perak375055142
6 Pahang33203083
7 Pulau Pinang32303193
8 Sabah322846106
9 Johor293437100
10 Kedah19202968
11 Melaka18181854
12 Negeri Sembilan13184374
13 Perlis1271332
14 Kelantan671326
15 Brunei0134
Kedudukan ranking negeri dan jumlah kutipan pingat yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan keputusan rasmi (Official Result) SUKMA 2018.
Close