Permohonan PISMP 2020 di IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Permohonan IPG Maktab Perguruan

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan secara dalam talian (online) kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun terkini bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau PISMP Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sebagai makluman, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) merupakan peluang kepada calon-calon yang berminat dengan profesion perguruan atau yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru atau cikgu.

Secara umumnya, Profesion Perguruan adalah sebuah bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar serta Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dikhususkan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan (subjek / mata pelajaran) bagi keperluan di sekolah rendah. Oleh itu calon-calon yang berjaya dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia yang ditetapkan oleh KPM.

Permohonan IPG 2020 PISMP Lepasan SPM Terkini

Calon-calon lulusan atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkini yang berminat terhadap profesion perguruan atau yang bercita-cita menjadi seorang guru boleh merebut peluang ini bagi merealisasikan cita-cita masing-masing dengan membuat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2019 secara dalam talian (online).

Sistem Aplikasi Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka pada tarikh yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi.

TARIKH PERMOHONAN ONLINE PISMP AMBILAN 2019
DibukaDitutup
19 Mac 201925 Mac 2019
Info Tarikh yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang dinyatakan dibawah adalah berdasarkan pemberitahuan melalui laman rasmi Sistem Aplikasi Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) KPM.
1. Dikhususkan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
3. Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ATAU KELAYAKAN ASAS
Maklumat syarat-syarat permohonan atau kelayakan asas yang dinyatakan dibawah adalah berdasarkan pemberitahuan melalui laman rasmi Sistem Aplikasi Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) KPM.
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.
3. Sihat tubuh badan.
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).
6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu.
i. Bahasa Melayu.
ii. Sejarah.
iii. Lulus Bahasa Inggeris.
Buka Pautan Dapatkan Maklumat Syarat Bidang Pengkhususan (Mata pelajaran)
PANDUAN DAN CARA BUAT PERMOHONAN PISMP 2019 ONLINE
Untuk makluman, Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2019 dan ianya percuma serta tidak perlu sebarang pembelian no pin atau unik ID. Untuk membuat permohonan sila klik pada pautan yang dinyatakan di bawah.
Buka Pautan https://pismp.moe.gov.my
1. Langkah pertama, pemohon perlu (wajib) membuat pendaftaran dengan klik pada ikon Daftar Pemohonan Baru yang terdapat dalam ruangan Log Masuk Sistem. Seterusnya sila masukkan No Kad Pengenalan bagi tujuan tapisan awal kelayakan umur pemohon PISMP Ambilan Jun 2019.
2. Sistem akan mengenalpasti umur pemohon layak atau tidak untuk membuat permohonan. Sekiranya layak pemohon perlu melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya.
3. Apabila pendaftaran berjaya, pemohon perlu Log Masuk Sistem borang Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Kemudian, isikan ruangan maklumat yang berkenaan dalam sistem permohonan PISMP serta ikut arahan yang dinyatakan dalam sistem.
PDFBuka Pautan Panduan Dan Cara Penggunaan Sistem Permohonan PISMP
 Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP Dan Tarikh-Tarikh Penting
Close