Jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim Kedah 2020

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 Oktober 2019 jam 08:54 PM

Musim 2019 menyaksikan skuad Helang Merah, Kedah telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan pramusim dengan kelab bola sepak negara jiran, di Krabi Thailand bermula pada 19 Januari hingga 23 Januari 2019.

Pasukan Kedah kini di bawah jurulatih baharu iaitu Aidil Sharin Sahak serta beberapa pemain baharu dengan melibatkan lima pemain import dan beberapa pemain tempatan akan menentang Buriram United, Krabi FC dan Suratthani FC.

Aksi perlawanan persahabatan pramusim jelajah Krabi kali ini pastinya akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh bekas jurulatih Home United untuk membina keserasian tatkala jangkaan tinggi peminat untuk melihat Kedah kembali berbisa pada musim 2019 selepas mengharungi kempen suram pada musim lalu.

Perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan Kedah untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan persahabatan pra-musim Kedah dalam siri jelajah Krabi bagi musim 2019.

JADUAL PENUH DAN KEPUTUSAN PERSAHABATAN PRA MUSIM KEDAH DI KRABI THAILAND 2019
TarikhHomeResultAway
 19 JanBuriram United 20 Kedah
 21 JanTrang FC 13 Kedah
 23 JanSurat Thani FC 03 Kedah