Semakan keputusan kemasukan murid prasekolah 2020

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 6 Oktober 2019 jam 01:41 AM

semakan pra sekolah

Bidang pendidikan merupakan pemacu dalam pembentukan modal insan yang berinovatif dan berdaya saing. Usaha mempertingkatkan pembentukkan budaya ilmu perlu dilakukan pada peringkat asas lagi iaitu pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.

Ia penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Kanak-kanak perlu mendapat pendidikan asas yang berkualiti agar mereka terus berjaya dalam pendidikan yang dialami pada peringkat lebih tinggi kelak.

Justeru itu, adalah wajar kerajaan perlu menambah peruntukkan dalam memperkasa pendidikan prasekolah dengan membina lebih banyak lagi kelas prasekolah yang berkualiti di luar bandar dan kawasan pendalaman di seluruh negara.

Memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat kecil ini, amat bersesuaian dengan hadis yang bermaksud, Menuntut ilmu sewaktu kecil itu seperti melukis di atas batu. (Riwayat al – Thabrani).

Semakan Keputusan Permohonan Murid Ke Pra Sekolah 2020 KPM

Semakan keputusan kemasukan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2020 boleh dibuat oleh Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup secara dalam talian (online) ataupun manual melalui sekolah yang dimohon sebelum ini. Ianya boleh di semak pada bulan Ogos 2019.

Maklumat berhubung dengan semakan permohonan kemasukan kanak-kanak ke pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020, sila rujuk di bawah.

Terdapat dua mekanisme untuk membuat semakan iaitu, kepada ibu bapa atau penjaga yang membuat permohonan secara dalam talian (online) boleh membuat semakan melalui laman e-prasekolah yang sama sepertimana membuat permohonan sebelum ini.

Kepada ibu bapa atau penjaga yang membuat permohonan secara manual melalui sekolah yang di mohon pula, semakan keputusan permohonan boleh dilakukan melalui sekolah yang dimohon tersebut.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN ANAK KE PRASEKOLAH 2020
DibukaDitutup
Ogos 2019Ogos 2019
Info Tarikh yang tepat akan dinyatakan selepas perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
MAKLUMAT SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2020
Kepada Ibubapa atau Penjaga yang membuat permohonan prasekolah secara dalam talian (online) boleh membuat semakan melalui laman sistem aplikasi E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, sila klik pada pautan berikut:-
SISTEM E-PRASEKOLAH
Buka Pautan https://eprasekolah.moe.gov.my
Ibubapa atau penjaga hanya perlu log masuk (log in) ke dalam Sistem E-Prasekolah dengan mengunakan (No mykad / id pengguna dan Kata Laluan – Pendaftaran Pengguna) yang digunakan sepertimana membuat permohonan sebelum ini.
Seterusnya, klik pada butang capaian menu Semakan untuk menyemak status keputusan permohonan.
Ringkasan Langkah Semakan
Log Masuk ➜ Semakan ➜ Semakan Permohonan
MAKLUMAT SEMAKAN MANUAL KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2020
 Kepada ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan secara manual melalui sekolah yang di mohon, semakan boleh dilakukan melalui sekolah tersebut bermula pada tarikh yang telah dinyatakan di atas
INFO BERKAITAN
PDFBuka Pautan Maklumat Lengkap Proses Permohonan Dan Semakan Keputusan Dan Rayuan Prasekolah