Keputusan penuh terkini PRK DUN Rantau 2019 Negeri Sembilan

result prk rantau 2019

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan 2019 dipertandingkan semula selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terbatal dan tidak sah.

PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan adalah yang ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) dimana sebelumnya telah berlangsung PRK DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia, Parlimen Port Dickson, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan rasmi telah menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.27 Rantau pada 30 Mac 2019 dan hari mengundi pada 13 April 2019.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohamad menang tanpa bertanding kerusi berkenaan selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan SPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar bagi DUN N27 Rantau 2019 adalah sebanyak 20,926 pengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengumumkan tarikh pengundian awal adalah pada 9 April 2019

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.

PRK N27 Rantau membabitkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram.

Keputusan PRK DUN Rantau Negeri Sembilan 2019 Terkini Dan Rasmi

Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan yang berlangsung pada 13 April 2019 melibat calon-calon dari parti-parti yang bertanding.

KEPUTUSAN PRK DUN RANTAU 2019 TERKINI, PENUH DAN RASMI
Calon Parti Jumlah Undi
Datuk Seri Mohamad barisan nasional BN 10,397
Dr S Streram pakatan harapan PH 5,887
Mohd Nor Yassin bebas BEBAS 79
R Malar bebas BEBAS 83
Pengundi Berdaftar Jumlah Undi Peratus Keluar Mengundi
20,926 . 79.3%
Undi Rosak
146

prk rantau bn menang 2019

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG PRK DUN RANTAU 2019
Pemenang Parti Majoriti
Datuk Seri Mohamad barisan nasional BN 4,510 Undi
Close