Keputusan PT3 2018 Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:33 AM

Semua calon-calon atau pelajar yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember 2018.

Penilaian PT3 bersifat menyeluruh di mana pelaksanaannya bertujuan menguji kebolehan dan keupayaan pelajar secara menyeluruh atau holistik. Ketiga-tiga aspek pembelajaran utama pelajar diukur iaitu bidang kognitif, psikomotor dan sahsiah.

PT3 me­ngandungi soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), tahap kesukaran tinggi dan menekankan pendekatan penyelesaian masalah. Dalam masa yang sama tumpuan kepada bidang tersebut membolehkan dalam penilaian peringkat antarabangsa ujian PISA dan TIMMS kedudukan ran­king negara akan dapat ditingkatkan.

Mungkin ada yang bertanya apakah yang membezakan PT3 dengan PMR yang diamalkan sebelum ini. PT3 dilaksanakan berasaskan sekolah sementara PMR adalah peperiksaan berpusat serentak di semua sekolah di seluruh negara.

PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan. Bahagian itu turut menyediakan semua soalan, jadual peperiksaan, pelantikan pemeriksa, penetapan standard jawapan, jumlah skor markah dan mengumumkan keputusan peperiksaan di akhir tahun.

Walaupun PT3 dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah tetapi masih juga memerlukan pelajar menjawab soalan secara bertulis. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pelajar bukan sahaja menduduki ujian bertulis tetapi juga dikehendaki menduduki ujian lisan.

Dalam pada itu, PT3 mengambil kira penilaian daripada empat komponen iaitu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3. Format soalan PT3 adalah berbentuk subjektif atau respon terbuka.

Pengumuman keputusan PT3 tidak dibuat secara berpusat selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Disebabkan perkara tersebut, tarikh pengumuman keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing dimana pihak sekolah akan memaklumkannya dalam majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada calon yang terbabit pada tarikh yang ditetapkan.

Sebagai makluman, keputusan PT3 hanya akan diumumkan oleh pihak pengurusan sekolah di seluruh negeri dalam bulan Disember, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan PT3 akan diumumkan keluar pada bulan Disember.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018.

KEPUTUSAN PT3 2018 DIUMUMKAN
TarikhJam
Minggu Ke-2 Dis 201810:00 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan selepas mendapat maklumat.
TIADA PERKHIDMATAN SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 2018 SECARA ONLINE
 Berikutan pengumuman keputusan PT3 tidak dibuat secara berpusat, Perkhidmatan bagi semakan keputusan PT3 secara dalam talian (online) mahupun melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan.
PERNYATAAN KEPUTUSAN PELAPORAN PT3 2018
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar PT3.