Jadual waktu berbuka puasa Malaysia 2020 dan Imsak Ramadan 1441

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

jadual buka puasa ramadan malaysia

Ketibaan Ramadan adalah saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Fadilat Ramadan banyak diketahui melalui firman ALLAH SWT dan hadis Rasulullah SAW membuatkan tidak sabar mencari rahmat dan berkatNya.

Apabila tiba 1 Ramadan, kebanyakan umat Islam begitu bersemangat untuk menyambutnya dengan memulakan dengan baik sama ada ibadah yang wajib seperti berpuasa dan sunat seperti menyegerakan berbuka, melambatkan sahur serta berqiamullai.

Sebagai umat Islam, perlu direnung fadilat berpuasa dan mengerjakan ibadat tarawih di malam hari. Puasa adalah satu tanda ketaatan kita kepada ALLAH. Puasa juga mengajar kita supaya beramanah terhadap diri sendiri, mendidik jiwa, hati dan juga segala pancaindera.

Justeru, apabila kita menghayati segala tujuan amalan puasa dan ibadat di malamnya, kita dapat merasai kemanisan iman dalam melaksanakannya dengan sepenuh hati dan minda agar keikhlasan itu dirasai dalam diri sebagai satu tanda ketaatan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi.

Selain itu, Ramadhan mendidik manusia menjadi insan bertakwa dan membentuk nilai integriti dalam diri. Ibadah dilakukan Ramadan tidak mengenal darjat dan kedudukan. Justeru, manfaat peluang sepanjang Ramadan.

Tempoh berpuasa bermula pada waktu Subuh hingga Maghrib menuntut manusia meninggalkan makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa dan membatalkan pahala puasa.

Puasa mampu membentuk integriti manusia kerana sistem yang diatur oleh Allah SWT sepanjang menjalani ibadah itu, sehingga menimbulkan kesedaran supaya tidak mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Alangkah ruginya jika seseorang Muslim tidak mengisi Ramadan dengan amal ibadat dan tidak mengecapi fadilat yang disediakan Allah SWT bagi orang yang mengharapkan keredaanNya.

Marhaban Ya Ramadan..semoga tahun ini, ramai yang memahami akan keberkatan dan kewujudanmu.

Jadual Rasmi Waktu Berbuka Puasa Bulan Ramadhan 2020 Seluruh Negeri Malaysia

Berikut adalah lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan tahun 1441H / 2020M bagi seluruh kawasan zon-zon di seluruh negeri di Malaysia terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan membantu umat Islam merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) dan berbuka puasa pada waktu yang tepat.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA RAMADHAN TAHUN 1441H – 2020M MALAYSIA
Info Sila klik pada setiap nama negeri di bawah untuk mendapatkan info jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri masing-masing.
Buka Pautan PerlisBuka Pautan KedahBuka Pautan Pulau Pinang
Buka Pautan PerakBuka Pautan Kuala LumpurBuka Pautan Putrajaya
Buka Pautan SelangorBuka Pautan Negeri SembilanBuka Pautan Melaka
Buka Pautan JohorBuka Pautan PahangBuka Pautan Terengganu
Buka Pautan KelantanBuka Pautan SarawakBuka Pautan Sabah
Buka Pautan Labuan
Close