Jadual waktu berbuka puasa Sarawak 2020 dan Imsak Ramadan 1441

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 16 Oktober 2019 jam 09:44 PM

jadual waktu buka puasa ramadan sahur sarawak

Umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia akan menyambut Ramadan, iaitu bulan yang dikaitkan dengan puasa dan kebesaran ganjaran pahala yang disediakan ketika beribadah dalamnya.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah kewajipan fardu ain bagi Muslim yang mampu mengerjakannya. Ibadat puasa sebenarnya melatih kita mengendalikan kehendak atau keinginan yang menuntut kesabaran untuk menahan diri daripada makan dan minum. Ibadat puasa juga melatih taat, sabar dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT.

Selain itu, Ramadhan mendidik manusia menjadi insan bertakwa dan membentuk nilai integriti dalam diri. Ibadah dilakukan Ramadan tidak mengenal darjat dan kedudukan. Justeru, manfaat peluang sepanjang Ramadan.

Tempoh berpuasa bermula pada waktu Subuh hingga Maghrib menuntut manusia meninggalkan makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa dan membatalkan pahala puasa.

Puasa mampu membentuk integriti manusia kerana sistem yang diatur oleh Allah SWT sepanjang menjalani ibadah itu, sehingga menimbulkan kesedaran supaya tidak mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Alangkah ruginya jika seseorang Muslim tidak mengisi Ramadan dengan amal ibadat dan tidak mengecapi fadilat yang disediakan Allah SWT bagi orang yang mengharapkan keredaanNya.

Jadual Rasmi Waktu Buka Puasa Ramadhan Sarawak 2020

Berikut adalah lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan tahun 1440H / 2019M bagi seluruh kawasan zon-zon di negeri Sarawak terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan membantu umat Islam merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) dan berbuka puasa pada waktu yang tepat.

 JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA RAMADHAN TAHUN 1440H – 2019M NEGERI SARAWAK
Zon 1
Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2
Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3
Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh, Bintulu
Zon 4
Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5
Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang
Zon 6
Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
Zon 7
Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8
Kuching, Bau, Lundu dan Sematan
Zon Khas
Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sebagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan
INFO BERKAITAN
 Buka Pautan Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Atau Sebulan Dan Amalan Di Bulan Ramadhan
 Buka Pautan Kadar Bayaran Zakat Fitrah Terkini Mengikut Negeri
 Buka Pautan Buku Panduan Solat Tarawih Terbitan JAKIM
 Buka Pautan Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Negeri Sarawak
 Buka Pautan Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri