Keputusan SPM 2019 Sijil Pelajaran Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 14 Mei 2019 jam 12:30 AM

keputusan spm

Semua calon-calon atau pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mac 2020.

Sebelum itu, penulis di InfoDWeb (IDW) ingin mengucapkan sekalung tahniah untuk semua calon yang telah berjaya mengetahui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing pada tarikh pengumuman rasmi nanti.

Walau apa pun keputusan yang diperolehi, peperiksaan SPM sudahpun berlalu dan sekarang ini adalah masa bagi memulakan langkah untuk masa hadapan yang lebih bermakna.

Sebenarnya ibu bapa dan masyarakat mahupun calon-calon itu sendiri tidak perlu begitu risau tentang ke mana hala tuju seterusnya kerana peluang terbuka luas untuk lepasan SPM meneroka dunia yang luas ini.

Sekiranya calon-calon mendapat keputusan akademik yang baik, anda bukan sahaja boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Awam (UA) yang ada, malah boleh memilih untuk menuntut ilmu di Universiti Swasta, Kolej, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Pendidikan Guru ataupun ke Tingkatan Enam.

Sementara lepasan SPM yang berminat dengan kemahiran, begitu banyak peluang untuk mengikuti pelbagai program kemahiran di bawah pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dan swasta.

Bukan setakat peluang pelajaran dan latihan, malah pelbagai bantuan kewangan juga disediakan untuk mereka yang menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan dan kemahiran, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga daripada badan berkanun, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik. Yang penting adalah keterbukaan kita untuk mendapatkan bantuan demi masa hadapan calon lepasan SPM ini.

Sumber maklumat yang terdapat di hujung jari perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan lepasan SPM tidak terlepas peluang yang berharga untuk meningkatkan potensi diri.

Oleh itu, jadikan SPM ini sebagai kunci kepada mereka untuk menjelajah dan menimba pengalaman di serata dunia. Gunakan sepenuhnya kemudahan telekomunikasi yang ada untuk kita terus berhubung dengan mereka di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya langkah mereka masih jauh – selamat berjaya semua!

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online Dan SMS

Keputusan SPM akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Mac, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan SPM akan diumumkan keluar pada bulan Mac.

Dalam pada itu, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan SPM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Oleh yang demikian, pernyataan penuh keputusan peperiksaan SPM 2019 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM dahulu.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

KEPUTUSAN SPM 2019 DIUMUMKAN
TarikhJam
Mac 202010:00 Pagi
Info Tarikh yang tepat akan dinyatakan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE
Semakan keputusan SPM 2018 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.
Buka Pautan Check Online Result SPM 2019 – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Info Sistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM 2019 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan SPM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: SPM 990767035321 WY008A040 sms ke 15888
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN SPM 2019
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM.