Keputusan terkini undi PRU 14 Putrajaya Parlimen 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:56 AM

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Parlimen merupakan institusi perundangan tertinggi di dalam Negara yang menggubal undang-undang. Parlimen Malaysia terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Persidangan Dewan Rakyat telah dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September 1959.

Sistem Parlimen dwidewan terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua iaitu 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN RAKYAT
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 21 tahun
Sempurna akal
Bukan seorang muflis
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan

Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen.

Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini.

Berikut ialah keputusan rasmi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang membabitkan keputusan perebutan satu kerusi Parlimen daripada calon-calon yang bertanding dan tiada pertandingan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SENARAI PARTI BERTANDING KERUSI PARLIMEN DAN DUN PRU14 – MALAYSIA
BNBarisan Nasional
Pakatan Harapan (PH)PKR
PPBM
Amanah
DAP
 PASParti Islam Se Malaysia
 PPRSParti Perpaduan Rakyat Sabah
 PWSParti Warisan Sabah
 PHRSParti Harapan Rakyat Sabah
 PCSParti Cinta Sabah
 PMSParti Maju Sabah
Parti Solidariti Tanahairku (Sabah)
Parti Kerjasama Anak Negeri (Sabah)
 BEBASParti BEBAS
 STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN PRU14 – PUTRAJAYA
ParlimenBNPHPAS
CLNMTBCLNMTBCLNMTB
P.125 Putrajaya1
Jumlah Kerusi Parlimen Dimenangi100
CLN – Calon Yang Menang
MTB – Menang Tanpa Bertanding