Semakan keputusan sekolah kawalan 2020 tingkatan 1

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 Oktober 2019 jam 01:16 AM

Sekolah Kawalan Menengah adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Kelas Rancangan Khas (KRK).

Bermula kemasukan tahun 2018, tiada lagi permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah secara dalam talian (online). Disebabkan itu, Ibu bapa atau Penjaga perlu membuat permohonan untuk anda jagaan mereka (murid tahun 6) melalui borang manual di sekolah rendah anak / jagaan masing-masing.

Sebelum ini, borang manual permohonan Sekolah Kawalan Menengah Tingkatan 1 tahun 2019 tersebut telah diedarkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid darjah 6 yang layak dan berminat dengan pendidikan sekolah kawalan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan keputusan ataupun rayuan sekolah kawalan, boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau berhubung terus dengan pihak sekolah yang dipohon.

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN 2019 SMKA SABK KAA RKN KRK TINGKATAN 1
Umumnya, Keputusan permohonan, tawaran dan penempatan murid di Sekolah Kawalan Tingkatan 1 bagi tahun 2019 akan dimaklumkan kepada pemohon melalui pos atau sms oleh pihak pengurusan sekolah kawalan yang dipohon mengikut negeri masing-masing.
Bagaimanapun, terdapat sekolah kawalan yang menyediakan perkhidmatan semakan keputusan secara dalam talian (online).
Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini, dari semasa ke semasa.