Semakan tawaran SBP 2020 tingkatan 1 dan 4

Sekolah Berasrama Penuh dibangunkan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.

Antara objektif utama Kementerian Pendidikan Malaysia membina SBP adalah memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari luar bandar merasai suasana pembelajaran lebih selesa.

Guru-guru dan kualiti pembelajaran yang baik dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam mencapai cita-cita mereka. Jadual seharian yang ditetapkan oleh pihak sekolah dapat membantu mendisiplinkan pelajar dalam aktiviti seharian mereka. Selain itu ia juga dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan mempunyai asas kendiri yang teguh.

Meskipun banyak kelebihan yang diperoleh daripada sekolah asrama penuh, beberapa faktor perlu dikaji sebelum ibu bapa atau pelajar itu membuat keputusan untuk ke sekolah berasrama penuh.

Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang, tetapi juga untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.

Golongan ini diharap mampu menjadi pemimpin di masa hadapan dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti. Namun begitu, jika tidak terpilih, ibu bapa dan remaja tidak seharusnya berasa kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke sekolah asrama penuh. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun kita berada.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2019.

Mekanisme semakan keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 (Form1) dan Tingkatan 4 (Form4) adalah secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman web sistem permohonan yang dibuka kepada pemohon pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

TARIKH SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN SBP 2019 TINGKATAN 1
DibukaDitutup
Disember 2018.
SISTEM APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN CETAKAN TAWARAN SBP 2019 TINGKATAN 1
Semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran (calon berjaya) boleh dibuat melalui laman web sst1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 di pautan berikut.
 
 Sistem aplikasi semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran SBP secara dalam talian (online) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2019 hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
TARIKH SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN SBP 2019 TINGKATAN 4
DibukaDitutup
Januari 2019.
SISTEM APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN CETAKAN TAWARAN SBP 2019 TINGKATAN 1
Semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran (calon berjaya) boleh dibuat melalui laman web sst4 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 di pautan berikut.
 
 Sistem aplikasi semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran SBP secara dalam talian (online) bagi kemasukan ke Tingkatan 4 tahun 2019 hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.