Keputusan SPM Ulangan SPMU 2019 Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

result spm ulangan

Semua calon-calon atau pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM Ulangan masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan September 2019.

Umum sedia maklum bahawa, peperiksaan SPM memberikan kesan yang besar kepada masa depan seseorang pelajar. SPM juga menentukan halatuju pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Sijil SPM juga menjadi syarat wajib (minimum) dalam memohon sebahagian besar bidang pekerjaan di Malaysia. Di atas sebab-sebab tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan kertas SPM Ulangan sebagai peluang kedua buat calon yang gagal SPM buat kali pertama.

Bagi calon-calon yang gagal SPM sebelum ini dinasihatkan jangan berputus asa kerana Kertas SPM Ulangan 2019 merupakan peluang untuk menebus semula kegagalan tersebut.

SPMU merupakan peluang calon-calon untuk belajar dari kesilapan bagi meneruskan perjuangan ilmu dan merealisasikan cita-cita. Perlu diingatkan bahawa tiada istilah tewas atau menyerah kalah dalam menimba ilmu pengetahuan.

Tarikh Semakan Keputusan SPM Ulangan SPMU 2019 Secara Online Dan SMS

Setiap tahun, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Ogos, namun bermula pada tahun 2018 dan tahun berikutnya result SPMU akan diumumkan keluar pada bulan September.

Sebagai makluman, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya menyediakan mekanisme semakan pantas keputusan SPMU secara SMS sahaja. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan keputusan peperiksaan SPMU 2019 bagi calon yang terbabit akan dimaklumkan melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta panduan mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2019.

KEPUTUSAN SPMU 2019 DIUMUMKAN
TarikhJam
September 201910:00 Pagi
SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2019 SECARA ONLINE
Perkhidmatan semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2018 secara dalam talian (online) tidak disediakan. Harap maklum.
SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan SPMU 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: SPMU (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: SPMU 990568035321 WY008A040 sms ke 15888
PERNYATAAN KEPUTUSAN SPM 2019
Info
Calon yang terbabit akan dimaklumkan mengenai keputusan tersebut melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Close