Keputusan STAM 2019 Sijil Tinggi Agama Malaysia

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STAM masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Januari 2019.

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan sijil yang sangat berharga buat pemiliknya kerana mereka yang berjaya memperoleh sijil STAM boleh dianggap hebat dalam kelas tersendiri.

Umum sedia maklum bahawa setiap calon-calon STAM perlu memiliki sijil khas iaitu Sijil Menengah Ugama (SMU) sebagai syarat utama diserap ke mana-mana sekolah agama yang menawarkan kelas tingkatan enam bagi pelajar STAM.

Di samping itu, calon-calon juga perlu mempunyai asas pengetahuan yang baik dalam subjek bahasa arab untuk memudahkan kefahaman sepanjang tempoh pengajian.

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan sijil yang sama taraf dengan Diploma. Dengan menggunakan STAM calon-calon boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti awam atau Universiti swasta seterusnya berpeluang untuk terus menyambung ijazah pertama dengan pengkhususan dalam bidang syariah, pendidikan, undang-undang, fikh, usuluddin, bahasa arab dan banyak lagi bidang lain meskipun tidak berkaitan dengan agama.

Di luar negara pula Sijil Tinggi Agama Malaysia mendapat perhatian di Timur tengah seperti Mesir, Jordan dan Maghribi. Seperti yang dimaklumkan negara ini telah banyak melahirkan ulama, mufti, pensyarah dan ramai lagi ahli yang pakar dalam agama.

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Januari 2019, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Namun, yang pasti keputusan STAM akan diumumkan keluar pada bulan Januari.

Dalam pada itu, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan pantas keputusan STAM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Oleh yang demikian, pernyataan penuh keputusan peperiksaan STAM 2018 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STAM dahulu.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018.

KEPUTUSAN STAM 2018 DIUMUMKAN
Tarikh Jam
17 Januari 2019 10:00 Pagi
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat mengikut pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2018 SECARA ONLINE
Semakan keputusan STAM 2018 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.
Check Online Result STAM 2018 – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
 Sistem aplikasi bagi semakan keputusan STAM 2018 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2018 SECARA SMS
Semakan keputusan STAM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: STAM (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: STAM WY008A040 sms ke 15888
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN STAM 2018
Calon Sekolah Calon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STAM.
Close