Keputusan STPM 2018 ulangan penggal 1 dan 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:34 AM

Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan diumumkan keluar pada bulan Februari 2019.

Tarikh yang tepat (rasmi) akan dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi MPM.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan yang dipapar pada penyata Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) STPM 2018 bukan keputusan peperiksaan keseluruhan STPM.

Sebagai makluman, keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Februari 2019. Tarikh yang tepat (rasmi) akan dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi MPM.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan pantas Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) STPM 2018 iaitu secara dalam talian (online) dan SMS.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018.

KEPUTUSAN STPM 2018 ULANGAN PENGGAL 1 (U1) DAN PENGGAL 1 (U2) DIUMUMKAN
TarikhJam
Februari 201910:00 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 ULANGAN PENGGAL 1 (U1) DAN PENGGAL 2 (U2) SECARA ONLINE
Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semakan secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan berikut.
Check STPM Result U1
Check STPM Result U2
 Sistem aplikasi bagi semakan Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) STPM 2018 hanya diaktifkan bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 ULANGAN PENGGAL 1 (U1) DAN PENGGAL 2 (U2) SECARA SMS
Semakan Keputusan Peperiksaan Ulangan Penggal 1 (U1) dan Ulangan Penggal 2 (U2) STPM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti di bawah.
 Taip: STPM (jarak) RESULTU1 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
 Taip: STPM (jarak) RESULTU2 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888