Keputusan keseluruhan STPM 2018 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:25 AM

Semua calon-calon atau pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mac 2019.

Sebelum itu, penulis di Laman Web Info (LWI) ingin mengucapkan sekalung tahniah untuk semua calon yang telah berjaya mengetahui keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) masing-masing pada tarikh pengumuman rasmi nanti.

Walau apa pun keputusan yang diperolehi, peperiksaan STPM sudahpun berlalu dan sekarang ini adalah masa bagi memulakan langkah untuk masa hadapan yang lebih bermakna.

Dalam pada itu, Bahagian Kemasukan Universiti meletakkan lepasan STPM sebagai pilihan utama untuk mengikuti program di Universiti Awam. Lulusan STPM juga diterima masuk ke universiti luar Negara, antaranya ialah United Kingdom, Ireland, Scotland, Australia, New Zealand, India, dan Singapura. Ini kerana keputusan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, UK.

Keputusan keseluruhan STPM bagi tahun 2018 akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Mac 2019, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Bagaimanapun, yang pasti keputusan keseluruhan STPM akan diumumkan keluar pada bulan Mac.

Dalam pada itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan pantas keputusan keseluruhan STPM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Oleh yang demikian, pernyataan penuh keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2018 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM dahulu.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.

KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018 DIUMUMKAN
TarikhJam
Mac 201912:00 Tengah Hari
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
SEMAKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018 SECARA ONLINE
Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.
Check Online Result Keseluruhan STPM 2018 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Sistem aplikasi bagi semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dalam ruangan yang diminta.
SEMAKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018 SECARA SMS
Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: STPM (jarak) RESULT (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
Contoh : STPM RESULT 970224132165 Dan SMS Ke 15888
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN STPM 2018
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM.