Siaran langsung Super Spontan 2019 Xtravaganza

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:42 AM

Siaran langsung Super Spontan kini kembali. Bagi tahun 2018 Super Spontan menemui penonton dengan edisi istimewa iaitu Super Spontan Xtravaganza yang dibarisi 16 selebriti terdiri daripada pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal.

Super Spontan 2018,  Super Spontan Xtravaganza adalah bertemakan Tukang Masak yang menyaksikan dua kumpulan terdiri daripada Sotong Kangkung dengan menampilkan imej mereka sebagai tukang masak jalanan manakala kumpulan Lobster Leleh tampil dengan imej berkelas iaitu sebagai tukang masak di hotel.

Kesemua mereka bersaing bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Super Spontan Xtravaganza masih mengekalkan format terdahulu namun terdapat sedikit kelainan yang melibatkan secara langsung penyertaan dari penonton dan juga pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Dalam pada itu, setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan bagi setiap minggu.

Super Spontan Xtravaganza turut menampilkan Dato’ AC Mizal sebagai hos, sementara Amir Raja Lawak kekal selaku sebagai pengulas iringan.

SENARAI PESERTA SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018
 SOTONG KANGKUNG LOBSTER LELEH
Izzue Islam
Ketua Kumpulan
Fad Bocey
Ketua Kumpulan
Elizad SharifuddinAbam Bocey
Tauke JambuZara Zya
ModeeMamak Puteh
Nizam JJJoey
Shahrol ShiroTomok
AcheyJaa Suzuran
Atu ZeroAnas
HADIAH SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018
KEDUDUKANHADIAH
 JuaraRM100,000
 Naib JuaraRM50,000
 KetigaRM25,000
 KeempatRM5,000
 KelimaRM5,000
 KeenamRM5,000
LIVE STREAMING SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018
Live streaming atau siaran langsung Super Spontan 2018 Xtravaganza bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat bermula 20 Julai, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).