Tarikh pembayaran bonus penjawat kakitangan awam bajet 2020

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentangan Belanjawan (Bajet) 2019 telah mengumumkan bayaran khas (bonus) sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.

Berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas itu sebelum hujung tahun 2018.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam.

Selain mengharapkan Kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan penjawat awam yang banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan negara.

Ini kerana majoriti penjawat awam di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor dan Selangor menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan membebankan mereka.

MAKLUMAT PEMBAYARAN KHAS (BONUS) KAKITANGAN AWAM BAJET 2019

RM500

Penjawat Awam
18 Disember 2018
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan pengumuman rasmi daripada kerajaan
Close