Jadual tarikh cuti sekolah 2020 dan penggal persekolahan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 10 Oktober 2019 jam 12:24 AM

Takwim Jadual Cuti Sekolah Rasmi

Cuti sekolah bagi penggal persekolahan tahun 2020 akan tiba tidak lama lagi. Mereka yang paling seronok ialah anak-anak di bangku persekolahan. Sudah tentu ketibaan cuti penggal dan pertengahan tahun serta cuti akhir tahun memang dinanti-nantikan. Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara daripada alam persekolahan.

Lain pula cerita bagi sesetengah ibu bapa kerana cuti sekolah akan mendatangkan kegelisahan kepada mereka berikutan cabaran yang menanti antaranya cara bagaimana untuk memastikan masa lapang anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Sebenarnya sebagai ibu bapa, seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakan terus pelajaran.

Semua pihak terutamanya keluarga mesti memainkan peranan dalam mengatur pengisian waktu berkualiti dengan aktiviti berfaedah semasa cuti panjang ini sebagai sebahagian daripada proses pendidikan berterusan.

Sama ada ibu bapa atau anak-anak, mereka tidak boleh menganggap bahawa cuti sekolah bermakna buku pun turut bercuti.

Sebagai mengisi masa, anak-anak mesti digalakkan ke perpustakaan untuk membaca, membuat rujukan dan sebagainya. Ibu bapa juga mestilah membeli bahan-bahan bacaan untuk anak-anak supaya mereka dapat mengisi masa di rumah dengan kerja-kerja berfaedah. Oleh itu, cuti sekolah bukanlah cuti membaca.

Perancangan musim cuti sekolah untuk anak-anak sangat penting supaya masa cuti ini diisi dengan perkara-perkara berfaedah.

Ringkasnya, ibu bapa seharusnya memberikan pengisian yang berfaedah kepada anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dalam perlakuan negatif dan juga insiden tidak diingini yang akhirnya merugikan semua pihak. Justeru itu, beringatlah sebelum kena dan berwaspadalah sebelum terjadi.

Jadual Cuti Sekolah Dan Takwim Penggal Persekolahan Malaysia Tahun 2020

Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal persekolahan bagi tahun 2020 melalui portal rasmi KPM.

SUMBER RASMI
Buka Pautan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia

Takwim persekolahan dan cuti penggal, cuti pertengahan serta cuti akhir tahun tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia.

SEKOLAH KUMPULAN A – KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU
Perkara CutiTarikh
Pertengahan Penggal 113 Mac 2020 hingga 21 Mac 2020
Pertengahan Tahun22 Mei 2020 hingga  6 Jun 2020
Pertengahan Penggal 224 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020
Akhir tahun20 November 2020 hingga 31 Disember 2020
Lampiran
takwim persekolahan kumpulan a
SEKOLAH KUMPULAN B – PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 114 Mac 2020 hingga 22 Mac 2020
Pertengahan Tahun23 Mei 2020 hingga 7 Jun 2020
Pertengahan Penggal 225 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020
Akhir tahun21 November 2020 hingga 31 Disember 2020
Lampiran
takwim persekolahan 2020 kumpulan b
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kalendar Perincian Cuti Umum Dan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2020