Tarikh hari raya puasa Aidilfitri 2019 1440H di Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 6 Oktober 2019 jam 01:42 PM

tarikh hari raya aidilfitri

Secara umumnya, umat Islam di Malaysia akan mengetahui tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apabila pengisytiharan tarikh hari raya Aidilfitri bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh Rasmi Hari Raya Puasa Aidilfitri 2019 Bersamaan 1440 Hijrah Di Malaysia

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa 1 Syawal 1440 Hijrah adalah bersamaan 5 Jun 2019 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2019 di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2019 / 1440-1441H MALAYSIA
Tarikh Hijri (1440)Tarikh Miladi (2019)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab3 AprilIsrak dan Mikraj
1 Ramadan*6 MeiAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadan22 MeiNuzul Al-Quran
1 Syawal*5 JunHari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah2 OgosAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*11 OgosHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14411 SeptemberAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14419 NovemberMaulidur Rasul
Info Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.