Tarikh puasa bulan Ramadan 2019 1440H di Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 27 April 2019 jam 11:29 AM

Tarikh Puasa Ramadan

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan menerima makluman awal tarikh awal puasa Ramadan pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apabila pengisytiharan tarikh awal puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa di bulan Ramadhan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh Rasmi Puasa Bulan Ramadhan 2019 Bersamaan 1440 Hijrah Di Malaysia

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa 1 Ramadan 1440 Hijrah adalah bersamaan 6 Mei 2019 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh permulaan puasa Ramadhan tahun 2019 di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Ramadan pada 29 Syaaban 1440H.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2019 / 1440-1441H MALAYSIA
Tarikh Hijri (1440)Tarikh Miladi (2019)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab3 AprilIsrak dan Mikraj
1 Ramadan*6 MeiAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadan22 MeiNuzul Al-Quran
1 Syawal*5 JunHari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah2 OgosAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*11 OgosHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14411 SeptemberAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14419 NovemberMaulidur Rasul
Info Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.