Siaran langsung keputusan Terengganu FC vs Felda United 18 Mei 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 22 Mei 2019 jam 01:26 AM

result live terengganu fc felda united liga super

Persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-14 (LS14) yang turut menyaksikan pasukan Felda United FC melayani kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 18 Mei 2019.

Bagi aksi kali ini, pasukan Felda United perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mendapatkan kemenangan kerana mereka tiada pilihan lain kecuali meraih tiga mata berharga untuk menyuntik kembali semangat sepasukan dalam mengharungi baki saingan liga super. Sebagai info, Felda United setakat ini menghuni tangga tercorot liga super 2019.

Dalam usaha memburu kemenangan, Felda United tidak seharusnya alpa malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan Terengganu FC yang sememangnya mampu mencipta kejutan yang juga mahu meraih kemenangan bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.

Pertemuan Liga Super membabitkan Felda United FC dan Terengganu FC pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 13 perlawanan sebelum ini memperlihatkan Felda United FC menghuni kedudukan tercorot liga dengan pungutan 8 mata manakala Terengganu FC pula berada di kedudukan ke-8 tercorot Liga bersama kutipan 16 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Terengganu FC lwn Felda United FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-14 Liga Super Malaysia 2019 (LS14) membabitkan pasukan Felda United FC lawan (lwn) Terengganu FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI TERENGGANU FC VS FELDA UNITED 18.5.2019 LS14
Aksi minggu ke-14 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Felda United FC melawan Terengganu FC berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Felda Utd Felda United FC11Terengganu FC Terengganu FC
Stadium Tun Abdul Razak
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 89′ Kei IkeidaNabil 84′ Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan