Ucapan dan pantun selamat berpuasa Ramadan 2020 Malaysia

ucapan ramadhan

Alhamdulillah, seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah berpuasa di Ramadhan. Bagi orang beriman, Ramadan ditunggu-tunggu kedatangannya kerana ia bulan yang mulia dan me­ngandungi pelbagai keistimewaan.

Kefarduan puasa adalah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa se­ba­gai­mana diwajibkan ke atas umat yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-Baqarah: 183).

Azam baharu sempena Ramadan. Kaum Muslimin diajak berazam memenuhi Ramadan ini dengan pelbagai aktiviti ibadah bagi meraih ganjaran takwa yang hanya datang setahun sekali. Semua ini dapat dilakukan dengan mula memasang niat untuk berpuasa bersungguh-sungguh selain mempertingkatkan ibadah dan amalan kebajikan lain.

Seterusnya diajak berazam untuk memper­tingkatkan kualiti puasa. Ber­puasa dalam erti kata yang sebenar bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Lebih daripada itu, bagi meraih ganjaran puasa tertinggi.

Berazamlah untuk memenuhi Ramadan dengan meningkatkan kualiti ibadah wajib seperti solat supaya beroleh ganjaran 70 kali ganda lebih daripada bulan-bulan lain.

Kewajipan lain seperti menutup aurat juga tidak patut diabaikan. Apalah erti seseorang berpuasa jika hanya mengelak daripada makan dan minum tetapi tidak solat dan tidak menutup aurat.

Perbanyakkan juga me­lakukan ibadah sunat yang dilipat-gandakan pahalanya seperti melakukan ibadah wajib. Antaranya dengan solat berjemaah setiap waktu, beriktikaf di masjid memperbanyak bersedekah dan membantu golongan memerlukan.

Berazamlah untuk bersolat tarawih setiap malam mudah-mudahan terpilih mendapat nikmat beribadah di malam al-Qadar yang dirahsiakan daripada pengetahuan manusia.

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan 2020

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan selamat berpuasa di bulan Ramadan.

UCAPAN SELAMAT BERPUASA RAMADHAN 2020
Matahari Berzikir,
Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji keagunganNYA.
Semua Menyambut Datangnya Malam Seribu Bulan.
Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Marhaban Ya Ramadhan,
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan,
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1439H.
Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH,
Lagu Yang Merdu Adalah AZAN,
Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN
Senam Yang Sihat Adalah SOLAT,
Diet Yang Sempurna Adalah PUASA,
Kebersihan Yang Menyegarkan Adalah WUDHU,
Perjalanan Yang Indah Adalah HAJI,
Khayalan Yang Baik Adalah Ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-Mudahan Di Bulan Ramadhan Yang Suci Ini Hadir Membawa Iman Dan Takwa. AMIN
CINTA Datang dan Pergi Tanpa di Duga,
KASIH SAYANG Datangnya Tanpa Terasa,
HATI Berkata Tanpa Dusta,
Datangnya Bulan RAMADHAN adalah RAHMAT,
Marilah Kita Menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG.
Dahulunya Ingin Sekali Ku Memohon Maaf Padamu,
Oleh Kerana Diriku Terlalu Malu Ku Pendamkan Hasrat Itu,
Hari Ini Ku Beranikan Diri Pinta Sesuatu Darimu,
Menjelang Puasa Ramadhan Ini, Ku Harap Kau Berikan Maafmu.
Setitik Tinta Jadi Noda,
Setitik Salah Jadi Dosa,
Bulan Penuh Berkat Segera Tiba,
Mari Tekun Ibadah Di Bulan Puasa,
Marhaban ya Ramadan, Sambutlah Dengan Senyuman.
Setitis Embun Di Pagi Hari,
Jatuh Di Atas Bunga Melati,
Inilah Waktunya Untuk Perbaiki Diri,
Di Bulan Ramadan Yang Suci Ini,
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Manis-Manis Sibuah Kurma,
Sangat Enak Buat Nerbuka,
Bulan Ramadhan Segera Tiba,
Sayang, Maafkan Salah Saya ya..
Bulan Ramadhan Adalah Bulan Yang Suci,
Seperti Embun Pagi Yang Membasahi Dedaunan Di Kala Pagi,
Embun Sejuk Yang Akan Membasuh Dan Membersihkan Jiwa Kita Dari Segala Dosa,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1440H.
Jika Semua HARTA Adalah RACUN Maka ZAKAT lah Penawarnya,
Jika Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya,
Jika Seluruh BULAN Adalah NODA maka RAMADHAN lah Pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Mengharap Padi Dalam Lesung,
Yang Ada Cuma Rumpun Jerami,
Harapan Hati Bertatap Langsung,
Cuma Terlayang Ucapan ini.
Sebelum Cahaya Padam,
Sebelum Hidup Berakhir,
Sebelum Pintu Taubat Tertutup,
Sebelum Ramadhan Datang,
Saya Mohon Maaf Zahir & Batin.
Manusia Tak Pernah Lari Dari Salah dan Khilaf,
Kerana Manusia Bukan Makhluk Yang Sempurna,
Di Bulan Yang Suci Ini Mari Kita Bermaafan,
Agar Tiada Dendam dan Hasad Dengki,
Marhaban ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir Batin.
Ya Allah, Muliakan Dan Sayangilah Saudaraku Ini,
Bahagiakan Keluarganya Limpahkan Rezekinya,
Kuatkan Imannya,
Berikanlah Kenikmatan Ibadahnya,
Jauhkan Dari Segala Fitnah,
Amin, “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”.
Indah Malam Kerana Bintang,
Indah Taman Kerana Bunga,
Indah Cinta Kerana Kasih Sayang,
Indah Hidup Kerana Silaturahim,
Oleh Itu Mari Indahkan Bulan Ramadhan Dengan Ibadah.
Kalau Siang Ada Matahari,
Kalau Malam Ada Bintang Dan Bulan,
Mari Kita Mensucikan Hati,
Untuk Menyambut Bulan Suci Ramadhan.
Close