Ucapan dan pantun selamat hari raya Aidiladha 2019 Malaysia

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

kad ucapan hari raya aidiladha

Tanggal 10 Zulhijah merupakan hari yang cukup bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia kerana sekali lagi berpeluang meraikan sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban. Aidiladha antara hari kebesaran Islam yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-Nya setelah berjaya menunaikan perjuangan ibadah yang cukup besar yakni ibadah haji.

Hari Raya Korban adalah hari perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran penting yang berkait rapat dengan kesatuan umat. Walaupun umat Islam di seluruh dunia terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit, budaya dan negara, namun mereka ialah umat yang satu dan menyembah Tuhan yang satu yakni Allah SWT.

Sambutan Aidiladha juga adalah hari bagi seluruh umat Islam mengagungkan asma Allah dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melaksanakan ibadah korban bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelaksanaan ibadah korban adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat kurniaan-Nya. Selain itu, ibadah korban juga dapat melatih umat Islam agar dapat mengikis sifat tamak dan bakhil dalam mengeluarkan harta serta melahirkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah SWT demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti golongan fakir dan miskin.

Semangat berkorban ini harus disuburkan dalam diri kita dan seluruh anggota masyarakat, yakni semangat untuk memberi dan bukan menerima yang seharusnya menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita. Semangat tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah inilah yang sewajarnya diterapkan dan menjadi sifat utama orang yang bertakwa yang sentiasa berinfaq baik dalam keadaan lapang mahupun sempit.

Aidiladha masa yang tepat untuk kita mendalami makna di sebalik ibadah haji yang melambangkan kebersamaan dan kesatuan umat. Hikmah ibadah haji adalah cukup indah, yakni proses pentarbiahan kita tentang solidariti sosial, ukhuwah Islamiyah, perdamaian, kesucian, kebersihan, serta kepedulian terhadap umat Islam yang lain melalui pengagihan sembelihan korban.

Syariat berkorban menegaskan bahawa umat Islam memiliki empati dan simpati antara sesama insan, memperkukuh dan menguatkan hubungan dengan Allah serta mengeratkan hubungan sesama manusia yang secara jelas memperlihatkan penegasan bahawa kebersamaan adalah nilai keutuhan umat.

Oleh itu, ibadah korban adalah bentuk pengorbanan yang bertitik-tolak daripada kesedaran tentang nilai-nilai luhur terutamanya dalam hal-hal yang berkait rapat dengan perjuangan menghindari sifat ego dalam diri sendiri. Setiap daripada kita perlu menyedari bahawa semua umat Islam adalah bersaudara dan tunjang utamanya adalah ketakwaan kepada Allah.

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha / Haji / Korban 2019

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2019.

KATA-KATA PANTUAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019
Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Itulah sebab tak ambik perkembangan,
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.
Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.
Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.
Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…
Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salah berucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan segala kekhilafan,
Mohon maaf zahir dan batin,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!
Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!
Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.
Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!
Close