Keputusan terkini undian kumpulan Piala Malaysia 2019

result undian piala malaysia 2019

Majlis undian bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan untuk  saingan Piala Malaysia musim 2019 telah berlangsung pada hari Selasa, 23 Julai 2019 di Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 pasukan yang telah layak ke saingan Piala Malaysia 2019 di undi bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan masing-masing yang dibahagi kepada empat kumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D.

Pasukan yang layak bersaing dalam saingan Malaysia 2019 adalah terdiri daripada 11 pasukan teratas dalam carta Liga Super 2019 dan 5 pasukan teratas Liga Premier 2019.

Kesemua 16 pasukan tersebut akan diundi serta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D dengan setiap kumpulan akan diduduki oleh empat pasukan.

Sebelum undian, 16 pasukan akan ditempatkan dalam 4 balang (pot) terlebih dahulu berdasarkan kedudukan akhir pasukan dalam carta Liga Super dan Liga Premier, seterusnya undian rasmi bagi menentukan kumpulan masing-masing dilakukan.

Keputusan Rasmi Majlis Undian Piala Malaysia 2019

Berikut adalah kedudukan pasukan yang layak dalam saingan Piala Malaysia mengikut kumpulan masing-masing selepas undian diadakan. Sebagai makluman perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada Ogos 2019.

KEPUTUSAN RASMI KEDUDUKAN UNDIAN POSISI KUMPULAN PIALA MALAYSIA 2019
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D
Kedah FA Kedah JDT 1 JDT Pahang FA Pahang Selangor FA Selangor
Terengganu FC T.ganu FC PJ City FC City FC Perak FA Perak Melaka United Melaka
PKNS FC PKNS FC PKNP FC FC Sabah Sabah Felda United FC Felda Utd
Negeri Sembilan FA N.Sembilam UiTM FCUiTM FC Pulau Pinang FA P.Pinang PDRM FA PDRM
Close