Keputusan UPKK 2019 Ujian Penilaian Kelas Kafa JAKIM

keputusan upkk

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan UPKK masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember ini.

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini di jalankan ke atas semua murid-murid yang berkenaan di sekolah KAFA di seluruh negeri di Malaysia.

Objektif utama pelaksanaan peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan murid dalam bidang bacaan, selain hafazan Al-Quran, tahap pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Amali Solat serta Penghayatan Cara Hidup Islam. Selain dinilai dengan tahap pengetahuan dan kefahaman dalam Ilmu Fardu Ain dan Pengetahuan Islam juga kemahiran membaca dan menulis Jawi.

Kelebihan peperiksaan UPKK. Sijil UPKK ini diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan UPKK 2019 KAFA Secara Online Atau SMS

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) akan dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semakan pantas keputusan UPKK boleh dilakukan secara dalam talian (online) dan SMS. Namun aplikasi tersebut hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan peperiksaan UPKK 2019 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing bermula jam 3 petang pada tarikh rasmi keputusan UPKK 2019 diumum keluar.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 nanti.

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA 2019 DIUMUMKAN
Tarikh Jam
Disember 2019 11:00 Pagi
Info Tarikh yang tepat akan dinyatakan selepas pengumuman rasmi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2019 SECARA ONLINE
Semakan keputusan UPKK secara dalam talian (online) adalah dengan melayari Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM, sila klik pada judul pautan berikut.
Buka Pautan Semakan Keputusan UPKK 2018 Ujian Penilaian Kelas KAFA
Sistem aplikasi semakan keputusan UPKK bagi tahun 2019 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No MYKID atau No PengenalanKhas dalam ruangan yang diminta.
SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan UPKK 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: UPKK (jarak) RESULT (jarak) No MYKID dan hantar SMS ke 15888
Taip: UPKK (jarak) RESULT (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888
Close